Sarawak ID|Register
Announcements

News

Sudah ada SOP Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei
Posted on : 17 Jan 2021  Source of News: Suara Sarawak
 

KUCHING: Garis panduan (SOP) bagi sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei di Sarawak kini boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (mlgh.sarawak.gov.my).

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini, SOP tersebut telah dikemaskini oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Manakala, katanya SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak di dalam portal rasmi MKN (http://www.mkn.gov.my).

“SOP PKP berkuat kuasa di Sibu pada 16 Januari 2021, jam 12.01 pagi sehingga 29 Januari 2021 jam 11.59 malam,” katanya.

Sementara, SOP PKPB berkuat kuasa di seluruh Sarawak mengikut zon bermula tengah malam hari ini jam 12.01 pagi sehingga 31 Januari jam 11.59 malam.

Useful Links