Sarawak ID|Register
Announcements

News

Pemasangan 800 CCTV Jadikan Ibu Negeri Sebagai Bandar Raya Pintar Dan Selamat
Posted on : 08 Jan 2021  Source of News: Edisi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
 

KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH) dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan memasang 800 kamera litar tertutup (CCTV) di 200 lokasi di sekitar bandar raya Kuching.

Menterinya, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, inisiatif itu dilaksanakan dalam usaha menjadikan ibu negeri ini sebagai bandar raya pintar dan selamat.

Jelas beliau, SMA juga akan mengeluarkan iklan untuk tender terbuka bagi pemasangan CCTV pada akhir bulan ini.

“SMA akan bekerjasama dengan empat pihak berkuasa tempatan iaitu DBKU, MBKS, MPP dan MPKS untuk memantau jenayah, kesalahan lalu lintas dan sebagainya,” katanya.

Bercakap ketika ditemui media selepas mengadakan pemantauan CCTV di sekitar Emart Batu Kawah pada Jumaat, beliau menambah, Sarawak kini dalam usaha membuka Pusat Operasi Bersepadu Sarawak (SIOC).

Sementara itu, Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak memberitahu, SIOC masih dalam proses pembangunan dan kini siap kira-kira 97 peratus.

Katanya, pelancaran SIOC akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg kelak.

Useful Links