Sarawak ID|Register
Announcements

News

Sarawak Terus Pertingkat Usaha Perangi Rabies
Posted on : 16 Dec 2020  Source of News: Edisi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
 

LUNDU: Usaha memerangi wabak rabies atau penyakit anjing gila menerusi Ops Rabies Sarawak terus dipertingkatkan di negeri ini.

Mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak, Billy Sujang memberitahu, usaha memerangi wabak rabies itu turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, wabak itu amat berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya mangsa telah digigit oleh anjing.

“Wabak rabies ini amat bahaya kerana ia sukar disembuhkan dan hampir 90 peratus pesakit tidak dapat diselamatkan,” katanya semasa Majlis Penutupan Program Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) Bagi Kawasan Daerah Lundu pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Sarawak, Dato Dr Chai Khin Chung berkata, usaha bersepadu turut diambil melibatkan kawasan sempadan negeri ini dalam mengekang kemasukan anjing dari luar negara.

Turut hadir dalam program tersebut, Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.

Useful Links