Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,

Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya, 
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:

Monday to Thursday

8.00am to 1.00pm

2.00pm to 5.00pm

 

Friday

8.00am to 12.00pm

2.00pm to 5.00pm

      Please click here to download the document

  1. Kerajaan Malaysia telah bersedia untuk membuka semua ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020. 
  2. Sebagai langkah persediaan dan juga demi melindungi rakyat Sarawak, Kerajaan Negeri telah menyediakan Garis Panduan (SOP) yang disesuaikan untuk keadaan di Sarawak.  Penerimapakaian SOP ini juga bersempena dengan pengumuman bahawa sebahagian industri dan aktiviti perniagaan di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai 12  Mei 2020.
  3. Kebenaran beroperasi ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan pematuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.
  4. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan di Negeri Sarawak dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.
  5. Melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang, kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP yang diluluskan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) Sarawak untuk digunapakai.
  6. Kewajipan dan syarat sektor-sektor untuk mematuhi SOP terkandung di dalam “Protection Of Public Health (Measures on the Carrying Out of Activities In Infected Local Areas) Order 2020” di bawah PROTECTION OF PUBLIC HEALTH ORDINANCE 1999 yang berkuatkuasa pada 4 Mei 2020 sehingga 12 Mei 2020. Arahan ini hendaklah dibaca bersama Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.5) 2020 [P.U(A) 136/2020].  Mana-mana orang perseorangan yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti atau perniagaan yang tidak dilarang di bawah peraturan-peraturan ini perlu mengemukakan notifikasi kepada SDMC untuk perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) di Bahagian (Division) mana sektor perniagaan atau industri merancang untuk beroperasi dengan maklumat yang diperlukan seperti di SCHEDULE (Paragraph 3) .
  7. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Pihak JPBB dengan kerjasama antara PDRM dan lain-lain badan penguatkuasa akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.

      Please click here to download the document