- Menyediakan alternatif selain daripada mahkamah untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah yang menuntut ganti rugi atau pampasan daripada pihak pemaju perumhan dengan cara yang lebih mudah, murah dan efisien
- Mendengar tuntutan teknikal yang merangkumi kecacatan mutu kerja atau tidak mematuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Jual Beli ( S & P) dan tuntutan bukan teknikal
- Bertindak sebagai unit perancang dan pelaksana setiap aktiviti bagi mempertingkatkan keberkesanan peranan dan tanggungjawab TTPRS
- Bertanggungjawab di dalam menjawab semua aduan daripada pihak penuntut dan penentang serta menyediakan statistik berhubung aduan
- Memantau pelaksanaan pembaikan kerosakan oleh pemaju perumahan
- Bertanggungjawab di dalam menyelaras /menyelia keperluan tugas jurubahasa sekiranya diperlukan
- Mengemukakan nama Pemaju Perumahan yang tidak mematuhi Award Tribunal kepada Bahagian Kawalan dan Perlesenan dan penasihat Undang-Undang Kementerian Perumahan Sarawak
- Mengurus Dokumentasi Penyemakan dan Ulasan Kehakiman
- Membuat penyelidikan undang-undang mengenai isu undang-undang berkaitan Tribunal
- Menyelaras, mengkaji, mencadangkan pindaan-pindaan yang perlu dibuat kepada Ordinan dan Peraturan-Peraturan yang sedia ada mengikut kesesuaian semasa
- Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tuntutan kepada pihak penuntut dan penentang
- Menyelaras segala urusan yang berkaitan di dalam pengeluaran notis pendengaran dan jadual pendengaran
- Melakukan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis-premis penuntut
- Mengadakan perbincangan atau mesyuarat teknikal bagi menetapkan cadangan /pandangan dari sudut teknikal yang diperlukan bagi menyelesaikan sesuatu kes berdasarkan siasatan dan pemeriksaan di tapak/rumah
- Menyediakan laporan hasil sisatan atau pemeriksaan di premis penuntut
- Menjadi saksi semasa perbicaraan dijalankan di Mahkamah TTPRS sekiranya kes yang diperdengar melibatkan kes tuntutan teknikal
- Bertanggungjawab di dalam perlaksanaan award dan juga merekod bagi kes penentang yang ingkar award melalui Penguatkuasaan Sivil di bawah Seksyen 17T (1) dan (2)