Sarawak ID|Register
Announcements

Regulatory Services Section


1. Unit Kawalan

  • Mengkompil data yang berkaitan dengan sektor perumahan
  • Mengemaskini data yang berkaitan dengan sektor perumahan
  • Menganalisa data bagi tujuan perancangan dan penggubalan dasar perumahan
  • Menyediakan  dan menyalurkan maklumat yang terkini  yang berkaitan dengan perumahan kepada agensi yang memerlukan
  • Sumber rujukan kepada Bahagian yang sedia ada di Kementerian
  • Memproses kelulusan permohonan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah swasta
  • Menyediakan maklumat-maklumat permohonan rumah kos rendah swasta dan rumah kos sederhana rendah swasta
  • Memantau pelaksanaan Rumah Mampu Milik Swasta
  • Mengkompil dan menyediakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan rumah mampu milik swasta
  • Mengkompil senarai projek dan pemaju yang melanggari arahan pembinaan RMM
  • Membuat laporan pemaju yang melanggari kriteria pembinaan/harga RMM
  • Membuat pengesyoran kepada Seksyen Penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap pemaju yang melanggari arahan pembinaan RMM
  • Memantau kemajuan pembangunan perumahan oleh Pemaju Perumahan untuk mengurangkan jumlah bilangan rumah terbengkalai serta kes penipuan daripada pihak Pemaju dan memastikan Pemaju mematuhi undang-undang seperti mengikut spesifikasi pembinaan perumahan
  • Mengetengahkan masalah dan isu berkaitan projek terbengkalai
  • Menyemak semula projek-projek perumahan terbengkalai
  • Memantau pembayaran semula projek perumahan terbengkalai
  • Menyediakan garis panduan dasar dan arahan mengenai perumahan terbengkalai
  • Mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan projek terbengkalai


2. Unit Penilaian dan Percukaian

  • Seksyen ini akan dipecahkan kepada 2 unit iaitu Unit Penilaian dan Unit Kadaran dengan pelbagai fungsi berkaitan Penilaian dan Pencukaian
  • Merancang, mengkordinasi dan memantau semua aktiviti Penilaian dan Kadaran PBT Negeri Sarawak
  • Memberi khidmat nasihat, penguatkuasaan dan pematuhan berhubung dengan prosedur-prosedur Pencukaian
  • Menilai, menyemak dan meluluskan nilai tahunan semua jenis pegangan berkadar untuk 23 PBT
  • Memberi khidmat nasihat kepada PBT berhubung kerja penilaian dan pencukaian
  • Memantau kutipan cukai taksiran dan tunggakan oleh PBT
  • Memproses dan mewartakan cadangan Kadar Tahunan dan tarikh akhir pembayaran cukai taksiran
  • Memproses permohonan hapuskira bayaran cukai tahunan untuk kelulusan YB Menteri
  • Memproses permohonan remisi/pengurangan bayaran cukai taksiran untuk kelulusan YB Menteri


3. Unit Perlesenan

  • Memproses kelulusan permohonan dan pembaharuan Lesen Pemaju Perumahan serta Permit Iklan dan Jualan
  • Memproses pembatalan Banker’s Guarantee
  • Memantau proses kelulusan pemohonan perlesenan dan permit serta kelulusan permohonan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah untuk mematuhi piagam pelanggan
  • Menyediakan surat kelulusan, resit pembayaran, merekod, menyemak dan memfail borang untuk permohonan dan pembaharuan lesen perumahan.
  • Menyediakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan perumahan/pelesenan kepada pihak yang memerlukan.
  • Mengurus, menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan yang diterima
  • Menyemak, mengkaji dan mencadangkan pindaan-pindaan yang perlu kepada garis panduan yang berkaitan dengan pembelian rumah kos rendah swasta.
  • Membantu mengesan kompaun-kompaun yang masih belum dibayar.
  • Membantu pihak Pendakwaraya Negeri (State Attorney General) apabila ada pendakwaan di mahkamah bagi pihak Kementerian untuk kes-kes yang dibawa ke mahkamah.
  • Menyelaras, menyemak, mengkaji dan mencadangkan pindaan-pindaan yang perlu dibuat kepada Ordinan, Peraturan, perjanjian serta polisi yang sedia ada mengikut kesesuaian semasa.

4. Unit Penguatkuasa

  • Mengesan dan mengenakan kompaun terhadap Pemaju Perumahan yang gagal memperbaharui lesen pemaju serta lewat mengemukakan  Penyata Di bawah Seksyen 7(d) dan pemaju yang tidak memiliki lesen pemaju perumahan
  • Mengurus dan memantau akaun pemaju perumahan
  • Sumber rujukan perundangan kepada Kementerian tentang tindakan-tindakan yang perlu/akan diambil serta kesannya apabila tindakan perundangan dikenakan terhadap pemaju perumahan.
  • Membantu memberi nasihat perundangan kepada Kementerian dan Agensi di bawahnya untuk memastikan tindakan-tindakan dalam menjalankan tugas adalah berasaskan serta bertepatan dengan undang-undang.
  • Membantu memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang seperti Ordinan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan 1993 dan Peraturan-peraturan pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1998, perjanjian, polisi, garis panduan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan industri perumahan.
  • Membuat ringkasan kompaun yang telah dikenakan terhadap Pemaju Perumahan.Memproses surat dan bayaran kompaun yang dikenakan terhadap Pemaju Perumahan.

 

Useful Links