Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,

Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya, 
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:

Monday to Thursday

8.00am to 1.00pm

2.00pm to 5.00pm

 

Friday

8.00am to 12.00pm

2.00pm to 5.00pm

Lagi bekalan PPE dari China buat petugas barisan hadapan di Sarawak
Posted on : 12 May 2020  Source of News: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Bekalan tambahan peralatan perlindungan diri (PPE) dari China tiba di sini awal pagi ini, sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan gelombang baharu penularan wabak COVID-19 di Sarawak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata sebanyak 56 tan metrik PPE itu tiba di lapangan terbang di sini pada pukul 3.00 pagi menggunakan pesawat kargo yang disewa khas dari Shanghai, China.

“Dengan bekalan PPE ini, kami dapat bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua. Kami tidak mahu terperangkap (dalam kesukaran mendapatkan bekalan PPE) seperti yang berlaku pada awal penularan COVID-19, kerana peningkatan terhadap kes dan permintaan bekalan berlaku di seluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan bekalan diterima di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing yang turut sama melakukan pemeriksaan berkata antara PPE yang diterima termasuk 192,000 pasang apron pakai buang kalis air, penutup kasut (184,000 keping), topi jururawat (184,000 keping) dan penutup kepala perubatan (184,000 keping).

“Perolehan ini dapat meningkatkan tahap kesediaan kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Sarawak bagi membantu petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19. Ia juga sebagai persediaan untuk memastikan bekalan PPE mencukupi jika berlaku sebarang peningkatan kes selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya. - Bernama