Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,

Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya, 
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:

Monday to Thursday

8.00am to 1.00pm

2.00pm to 5.00pm

 

Friday

8.00am to 12.00pm

2.00pm to 5.00pm

Semua premis perniagaan, klinik swasta dan stesen minyak diarah tutup pukul 7 malam mulai 24 Mac
Posted on : 22 Mar 2020  Source of News: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Semua pasar raya besar, pasar raya, pasar, kedai kopi, klinik swasta, restoran, kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak di negeri ini akan berhenti beroperasi dari jam 7 malam hingga 7 pagi setiap hari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan media berkata, arahan baharu itu akan berkuatkuasa dari 24 hingga 31 Mac ini.

 “Ini perlu untuk menghentikan pergerakan awam yang masih banyak di tempat-tempat tertentu,” kata jawatankuasa itu.

Menurut JPBN, perintah itu akan dilaksanakan di seluruh negeri.

“Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan semua yang membantu dalam penguatkuasaan operasi semasa seperti polis, tentera, pekerja perubatan dan pegawai imigresen,” ujarnya.

Keperluan baharu itu, katanya, adalah satu lagi strategi jawatankuasa untuk memerangi wabak COVID-19 dari transmisi selanjutnya.

Dalam pada itu, JPBN berkata, semua pasar raya, pasar raya besar, pasar, farmasi dan klinik swasta dikehendaki untuk melakukan amalan jarak sosial di tempat masing-masing.

“Pihak polis akan menyemak pelaksanaan itu secara rawak,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pemilik premis berkenaan juga dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan suhu pada pelanggan dan menyediakan gel sanitasi  tangan untuk mereka.