Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,

Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya, 
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:

Monday to Thursday

8.00am to 1.00pm

2.00pm to 5.00pm

 

Friday

8.00am to 12.00pm

2.00pm to 5.00pm

Guna penutup hidung dan mulut di tempat awam
Posted on : 12 May 2020  Source of News: Utusan Borneo Online
 

SIBU: Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee menasihati orang ramai supaya meneruskan penggunaan penutup hidung dan mulut ketika berada di kawasan awam sehingga vaksin COVID-19 ditemui.

Beliau berkata demikian berikutan enam hingga 18 peratus mereka yang dijangkiti wabak ini tidak menunjukkan simptom.

“Apabila seseorang itu batuk, ia akan menyebarkan sehingga 3,000 titisan yang mungkin mengandungi virus COVID-19 ini,” katanya apabila dihubungi pemberita, semalam.

Jelasnya, beliau berasa terdorong untuk berkongsi akan kepentingan memakai penutup hidung dan mulut kerana terdapat segelintir orang awam yang mempersoalkan keperluan untuk menggunakannya di tempat awam.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu menambah, data menunjukkan bahawa negara-negara di mana rakyatnya memakai penutup hidung dan mulut mampu meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 dengan cepat.

“Namun ada pihak yang mempersoalkan mengapa perlunya memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam dengan mengatakan bahawa ini tidak perlu jika seseorang itu tidak sakit atau mempunyai gejala.

“Pada pandangan saya, penggunaan penutup hidung dan mulut di tempat awam masih diperlukan sehinggalah vaksin virus pembunuh itu ditemui.

“Memakai penutup hidung dan mulut sangat penting ketika ini terutama apabila ada yang tidak dapat mengelak daripada kekal duduk di rumah,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa memakai penutup hidung dan mulut adalah untuk mencegah penyebaran virus dan juga untuk melindungi diri daripada dijangkiti.

“Nasihat saya kepada orang ramai adalah menjauhi mereka yang tidak memakai topeng muka (di tempat awam),” ujarnya.