Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,

Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya, 
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:

Monday to Thursday

8.00am to 1.00pm

2.00pm to 5.00pm

 

Friday

8.00am to 12.00pm

2.00pm to 5.00pm

Kerajaan negeri bantu penjaja, peniaga kecil, PKS terkesan COVID-19
Posted on : 23 Mar 2020  Source of News: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak akan membantu penjaja, peniaga kecil serta komuniti perniagaan di negeri yang terkesan akibat COVID-19. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi meringankan beban mereka, kerajaan negeri akan memberikan diskaun 50 peratus kepada penjaja untuk sewa pasar dan gerai selama enam bulan sehingga September 2020. 

Bantuan ini katanya, dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 penjaja yang menyewa pasar dan gerai terutama di bawah bidang kuasa majlis tempatan. 

“Kerajaan negeri juga akan menyediakan pelepasan yuran dan permit kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam, tamu dan Bazar Ramadhan. 

“Pelepasan ini akan memanfaatkan lebih dua juta pemegang lesen dan permit di seluruh negeri dengan tanggungan kos oleh kerajaan sebanyak RM8.24 juta bagi tahun ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang bagi mengurangkan kesan COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. 

Tambah Abang Johari, bagi meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan negeri memutuskan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman selama sembilan bulan berkuat kuasa dari April 2020. 

Ini katanya akan memanfaatkan 144 peminjam Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS). 

Selain itu katanya tambahan RM20 juta Skim Mikro Kredit juga akan diberikan kepada PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mengekalkan perniagan mereka. 

Bagi pengusaha hotel dan rumah tumpangan yang terjejas pula, pelepasan yuran lesen sekali beri akan diberikan kepada 17,289 bilik hotel di seluruh Sarawak bagi tahun ini. 

Insentif ini akan memanfaatkan lebih 340 pengendali hotel dan rumah tumpangan dengan kos RM386,630. 

Bantuan lain termasuklah diskaun sebanyak 25 peratus ke atas kadar cukai taksiran tahunan dengan bayaran melebihi RM400 setahun. 

Pemberian diskaun ini akan melibatkan kediaman, komersial, industri dan pegangan tujuan khas bagi tahun 2020 dan akan memanfaatkan lebih daripada 185,000 premis.