Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,

Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya, 
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:

Monday to Thursday

8.00am to 1.00pm

2.00pm to 5.00pm

 

Friday

8.00am to 12.00pm

2.00pm to 5.00pm

Tiga projek kerajaan negeri di Sibu Jaya berjalan lancar, ikut jadual - Dr Sim
Posted on : 22 Feb 2020  Source of News: Utusan Borneo Online
 

SIBU: Pelaksanaan tiga projek Kerajaan Sarawak di Sibu Jaya yang berjumlah hampir RM35 juta berjalan lancar dan mengikut jadual kerja ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, projek berkenaan adalah projek Masjid Darul Husna yang bernilai kira-kira RM25.8 juta dan projek dua jalan masuk yang bernilai kira-kira RM9 juta.

"Ketiga-tiga projek yang dilaksana secara tander terbuka ini dijangka akan siap pada tahun depan dan bakal memberi manfaat besar kepada penduduk di Sibu Jaya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerjanya ke tapak projek Rumah Spektra Permata (RSP), Kemuyang Sibu, hari ini.

Terdahulu, Dr Sim telah mengadakan lawatan ke tapak Masjid Darul Husna dan dua jalan masuk di Sibu Jaya.

Semasa di Sibu Jaya, beliau turut meninjau pelaksanaan projek Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada November tahun lalu.

Katanya, projek berkenaan turut berjalan lancar dan kini telah mencapai 25 peratus siap.

"Pembangunan Sibu Jaya sangat penting kerana itu kita membina banyak kemudahan yang diperlukan oleh rakyat seperti jalan raya, perpustakaan, rumah dan sebagainya.

"Sebab itu kita turun padang untuk memastikan semua projek-projek ini dilaksana mengikut jadual yang telah ditetapkan," katanya.

Di samping itu, beliau turut memberitahu bahawa penyelenggaraan melibatkan baik pulih atap dan menaik taraf struktur bumbung sebanyak 1,600 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sibu Jaya dan dan 500 unit PPR di Batu Gong, Kuching akan dilaksanakan.

Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah Menteri Muda Perumahan Dr Annuar Rapa'ee, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak Mohd Asman Ahmad, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan yang lain.