Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,

Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya, 
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:

Monday to Thursday

8.00am to 1.00pm

2.00pm to 5.00pm

 

Friday

8.00am to 12.00pm

2.00pm to 5.00pm

Fasa pertama 50 unit Rumah Spektra Permata, Bau dilancarkan
Posted on : 15 Feb 2020  Source of News: Utusan Borneo Online
 

BAU: Fasa pertama Projek Rumah Spektra Permata (RSP) melibatkan pembinaan 50 unit di Sibuluh di sini dilancarkan hari ini. 

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapaee di Dataran Bau.

Dalam ucapannya, Dr Annuar berkata projek RSP ini merupakan inisiatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. 

Tujuannya adalah untuk golongan yang berpendapatan rendah dan membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah. 

“Ketua Menteri pada Januari 2019 mengumumkan kerajaan negeri akan membina 2,500 unit RSP dalam masa dua tahun termasuk 164 unit di Bau. Sekarang, kita dalam proses membina 1,383 unit dan untuk Bau, sebanyak 50 unit akan dibina bagi fasa pertama daripada 164 unit yang diperuntukkan untuk Bau,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC), Mohamad Asman Ahmad berkata unit RSP ini adalah jenis setingkat dengan keluasan 750 kaki persegi. 

Rumah ini memiliki tiga bilik tidur dengan dua bilik air dan satu ruang makan yang dijual pada harga RM120,000 seunit ke bawah. 

Dari segi kelayakan pemohon pula, rumah ini adalah untuk isi rumah berpendapatan bawah RM6,000 sebulan dan tidak memiliki mana-mana hartanah atas nama pemohon. 

Dari segi pinjaman pula, pemohon yang layak bagi rumah ini boleh mendapatkan pembiayaan daripada Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd. 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep serta Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam.