Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,

Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya, 
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:

Monday to Thursday

8.00am to 1.00pm

2.00pm to 5.00pm

 

Friday

8.00am to 12.00pm

2.00pm to 5.00pm

PBT barisan hadapan untuk sampaikan maklumat kesihatan awam
Posted on : 05 Feb 2020  Source of News: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) Sarawak disarankan untuk terus memberi perhatian terhadap maklumat mengenai kesihatan awam terutama semasa situasi Koronavirus (2019-nCoV) kini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, semua pihak berkuasa tempatan diharap dapat menjalin kerjasama dengan pihak hospital untuk mendapatkan maklumat yang disampaikan.

"Sebagai pihak berkuasa tempatan, kita perlu memainkan peranan untuk memastikan orang ramai dimaklumkan terutama mengenai perkara berkaitan kesihatan awam.

"Kita sentiasa mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengoptimumkan keupayaan pihak berkuasa tempatan kami.

"Koranavirus adalah keadaan dinamik yang telah menyebabkan ramai terkorban maka itu anda di pihak berkuasa tempatan perlu memberi perhatian tentang maklumat berkaitan isu berkenaan," katanya berucap Sesi Taklimat mengenai Koronavirus bersama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang dihadiri Datuk Bandar, Datuk Wee Hong Seng di sini, hari ini.

Dr Sim menegaskan, dengan itu kementerian mengadakan program taklimat sedemikian dengan menjemput pihak berkuasa tempatan selain pegawai kesihatan bagi memberi penjelasan bagaimana untuk melengkapi usaha berterusan dengan mengambil langkah pencegahan yang disarankan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

"Anda semua termasuk kaunselor adalah seperti barisan hadapan pihak berkuasa tempatan yang secara langsung berhubung dengan orang awam, premis makanan serta anak sekolah.

"Malahan anda juga boleh membantu mendidik orang awam dan anak-anak sekolah dalam penjagaan kesihatan awam," katanya.

Beliau memberitahu dengan bertindak secara proaktif dan berkongsi amalan asas amalan kebersihan yang baik adalah langkah pertama dalam pencegahan.

Dr Sim berkata, dengan menjadi barisan hadapan juga, pihak berkuasa tempatan adalah sebahagian daripada jentera intervensi awal kepada kementerian.