The Official Website of
Ministry of Local Government & Housing Sarawak

Seminar dan Upacara Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis
Posted on : 18 Aug 2019  Source of News: Press Kit
 

KUCHING: Ahli-Ahli Majlis yang baru dilantik dan diperbaharui tempoh perkhidmatan telah mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar integriti untuk pelantikan mereka selama 2 tahun berkuatkuasa pada 1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2021 di Pullman Kuching.


Pelantikan seramai 765 Ahli-Ahli Majlis daripada 24 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diluluskan oleh Kabinet Negeri pada 11 Julai 2019 baru-baru ini. 42 peratus antara mereka adalah muka baru.

Upacara Angkat Sumpah berlangsung di Kuching kali ini turut disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Upacara Angkat Sumpah ini juga merupakan kali pertama diadakan dengan melibatkan Ahli-ahli Majlis dari 24 Pihak Berkuasa Tempatan bersama dan disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

Dalam perutusan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menekankan supaya Ahli Majlis melengkapkan diri dengan pengetahuan dan teknologi untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat Sarawak.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut menganjurkan seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di waktu pagi. Sebanyak 3 kertas telah dibentangkan yang tertumpu kepada pertama “Peranan dan Tanggungjawab Ahli Majlis” oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, kedua “Ketelusan dan Akauntability di dalam PBT” oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan ketiga “Environmental & Resource Conservation” oleh Shan Poorman Group of Companies. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua peserta yang terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis dan Setiausaha-Setiasaha Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.